Thursday, May 14, 2009

Gandhi Hidup Lagi!


Wahai rakyat jelata! Dengarlah pengumuman ini!

Gandhi masih hidup! Gandhi masih hidup!

Dia ada kat Perak sekarang ni.

Tapi dah berpakaian segak lawa, kain sarung putih tak up-to-date katanya. Pakai seluar, baju lengan panjang, pakai tali leher dan masih berkaca mata (dah tukar fesyen baru, kaca mata 4 segi!) kik..kik..kik

Selera makan pun dah tukar. Buat apa menyusahkan diri mogok lapar? Dia dah pandai makan durian. Suka gulai tempoyak! Lemang pun dia sebat! kik..kik..kik

Kadang2 ternampak kelibat dia merayau-rayau kat Kuala Kangsar, entah apa dicari. Pergi makan laksa kat tepi sungai Perak kot? Pekena rojak dulu kot? Tak pun cari cendol? kik..kik..kik

Dia sekarang suka makan ulam ulaman, terutama pucuk kaduk. Awet muda. Badan sihat. Lambat mati katanya!

Itu sebab kena gelar "Pak Kaduk Naik Junjung"! kik..kik..kik

2 comments: