Tuesday, May 19, 2009

Kota Buku

Tadi Tok Ketua No 2 berucap dalam t.v. Nak jadikan KL 'Kota Buku'. Ntah le mana datangnya idea sebegini grand. Cita2 tinggi.

Macam mana pun, tepuk2 dulu tanda setuju. Bagus idea ni. Patut dah buat 50 tahun sudah. Baru sekarang terhegeh-hegeh nak buat.

Mula2 sekali, bahasa apa yang nak diketengahkan dalam menjayakan misi 'Kota Buku'? Bahasa apakah yang nak dijuarakan?

Bahasa yang mesti dijuarakan ialah Bahasa Melayu. Bahasa rasmi. Supaya orang Melayu tak lupa bertutur dalam Bahasa Melayu. Budak2 sekolah sekarang banyak yang speaking London. Bahasa pengantar sekolah di zaman serba maju ini ialah Bahasa Inggeris. Bahasa orang jajah Tanah Melayu dulu.

Selesaikan isu PPSMI dulu. Martabatkan Bahasa Melayu. Itu lebih utama dan penting.

Kena tiru Jepun, Korea, France, Jerman. Buku melambak2 dalam bahasa ibunda masing2, maju pun.. moden pun.. canggih pun..

Kalau nak buat 'Kota Buku' harga buku kena murah. Harga buku mahal, harga alat tulis mahal. Kalau mahal, org kampung tak mampu nak beli. Orang kaya orang berpengaruh duit banyak, mampu beli mahal macam mana pun. Kadang2 tu puak2 ni dapat free je.

Itu pasal, kalau harga buku melantun2, lebih baik beli kasut.

Sikit pun tak menitik air liur A.Samad Said dgn kisah 'Kota Buku' ni.

Betul ke projek 'Kota Buku' ni?

Slogan je kot.. puak2 ni bukan boleh kira sangat. Slogan 2 bulan sekali tukar baru.



No comments:

Post a Comment