Monday, May 18, 2009

..of Bomoh and Hantu

Ni bomoh import. Di Malaysia, di kampung2 Melayu atau di penempatan Melayu, bomoh yang menawarkan perkhidmatan tak la macam ni.

Ni bomoh ekstrem. Tengok rupa pun cuak dibuatnya. Mandi dah tentu tidak. Rambut berpintal2 penuh daki. Syampu haram tak pernah jumpa.

Bomoh macam ni ke diorang bawak masuk kat sebuah dewan di Negeri Lombong Bijih Tinggal? Lagi pun bomoh ni mungkin ada susur galur dgn 'Gandhi' yang baru muncul tu..


Hantu perempuan(gambar sebelah). Hantu jenis ni banyak sangat. Hantu ni muncul sebab perempuan mati bersalin, mati bunuh diri, mati kena rogol, mati kena parang, kena tembak, kena cekik dan juga mati kena bom sampai badan bersepai.

Hantu kena bom atau Hantu Bom, cantik jelita sebab asalnya pun perempuan cantik. Hantu Bom ni jenis yg paling bahaya. Hantu ni tak puas hati sampai kiamat. Tempat persinggahan favourite Hantu Bom ialah bukit-bukau, seperti Bt Kayu Itam, Bt Selambau dan Bt Gantang.

Hantu Bom yg muncul kat Bt Gantang dan Bt Selambau dipercayai bukan berketurunan Melayu. Menurut saksi2, mungkin Hantu Bom itu berasal dari perempuan Cina, atau pun Jepun, mungkin juga Korea. Mata sepet.

Pendapat mengatakan Hantu Bom yang sekor ni berasal dari perempuan Mongol pun tidak boleh diketepikan begitu saja. Apa pun, Hantu Bom amat menakutkan. Sampai kan orang tak nak keluar rumah, tak nak keluar negara.

Berita terbaru melapurkan Hantu Bom berada di Penang sekarang. Peniaga warung, kedai printing, tauke car-wash, semua susah hati.

Kerana disebabkan angkara Hantu Bom, tiada pesta-pestaan di Penanti seperti yang diharap-harapkan.

Bodo.

No comments:

Post a Comment