Monday, July 13, 2009

Kundas


Makanan sarapan pagi popular bagi penduduk Kuala Kangsar, Perak dan kawasan sekitarnya. Boleh dikatakan populariti kundas di Kuala Kangsar menyaingi populariti roti canai dan nasi lemak.Tidak menghairankan jika hampir semua restoran mamak di Kuala Kangsar menyediakan kundas untuk sarapan pagi.

Kebiasaannya kundas dimakan bersama kuah, samada kari, dal atau pun kuah sate. Ada juga yang menyukainya bersama susu atau kaya. Mungkin juga dimakan dengan gula.

Kundas yang dijual di restoran² di Kuala Kangsar adalah berbeza sedikit diantara satu sama lain, namun masing² mempunyai pelanggan tersendiri.

Selain di Bandar Kuala Kangsar, kundas juga boleh didapati di Pekan Karai dan Pekan Kati.

Kundas lembut dan mudah dihadamkan kerana bahan² asas kundas cuma tepung, garam, ragi dan mungkin sedikit tambahan bahan rahsia pengusaha restoran.

No comments:

Post a Comment