Saturday, July 4, 2009

Paku Besi Padi Babi


Menurut pendapat Mohamad Sabu, Bahasa Melayu hanya mempunyai 4 perkataan asli yang asas iaitu paku, besi, padi dan babi. Manakala selebihnya adalah himpunan perkataan-perkataan yang diambil dari bahasa-bahasa asing seperti Bahasa Arab, Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa, Bahasa Belanda dan sebagainya untuk membentuk Bahasa Melayu yang sedia ada sekarang.


Kat Malaysia sekarang ni, boleh dikatakan sikit sangat orang nak bercakap dalam Bahasa Melayu. Try la pegi KLCC, bertuah la kalau amoi jual Gucci petah cakap Melayu.


Menteri2 Melayu pun 2x5 jugak. Bersembur2 air liur bercakap orang putih. Kembang lubang idung konon pandai cakap mat saleh. Kalau betul takpe jugak, ini hancai-boncai.


Mcm gini gayanya, memang tak boleh harap menteri2 Melayu sendiri yg akan menghapuskan PPSMI. 6 tahun PPSMI berjalan, Tun Pungkoq Pipih punya kerja semasa dia bersemayam kat Mahaligai dulu. Kot iye pun dia Melayu celup, jangan le usik Bahasa Melayu.


Tun Pungkoq Pipih dah lama pencen, tapi sekor menteri Melayu pun tak berani usik PPSMI. Punya la takot.


Nak harap Mat Mongol? Dah tentu dia ni balaci Tun Pungkoq Pipih. Lagipun tentu dia nak bercakap Bahasa Mongolia.

Nak harap Wak No 2? Bahasa Jawa pun dia ingat2 lupa. Dia pun dah makin kelabu, makin lebam.

Nak harap Isham? Pegang keris pun tak betul..


Hairan amat, susah benar nak mansuhkan PPSMI. Ada apa benda belakang PPSMI ni? Kontrak? Kontrak perisian computer? Kontrek cetak buku teks? Kontrek soalan exam? Kontrak cetak buku latihan?Takot tauke dakwat marah?


Amat dikhuatiri nanti kesudahannya, pupus Bahasa Melayu. Jangan ikut cakap Hang Tuah. Lagi pun Hang Tuah bukan orang Melayu pun, ntah wujud ke tidak.


Penyudahnya nanti, orang Melayu ada 3 benda je nama Melayu. Keretapi Tanah Melayu, baju Melayu dan butang baju Melayu.


Bodo.

No comments:

Post a Comment