Friday, July 10, 2009

PPSMI: Dah 6 Tahun Duduk Bawah Tempurung

6 tahun bukan sekejap Dol.

6 tahun budak sekolah rendah tergagap2 dan tergaru2
6 tahun terkial2 tak reti hapa ke benda
6 tahun hafal sifir orang putih
6 tahun budak² mengangkut buku berat macam batu, buku orang putih.

6 tahun mak bapak tak tau ujung pangkal
6 tahun orang kampung tak dapat tolong anak2 buat homework
6 tahun orang kampung tak tau nak buat tuisyen kat rumah
6 tahun orang kampung tak tau apa benda belajar kat sekolah.

6 tahun cikgu merungut dalam perut
6 tahun cikgu meradang sebab tak tau macam mana lagi nak tolong budak2
6 tahun cikgu memendam rasa, sedih anak bangsa makin tercicir
6 tahun cikgu membungkam, budak2 melayu ramai kantoi math & sains.

6 tahun jugak la puak2 Ameno tu mati2 kata PPSMI bagus
6 tahun puak2 Ameno tak merasa terkilan seciput pun
6 tahun TUNgkek mati2an kata PPSMI akan memajukan lagi anak² bangsa
6 tahun sekor habuk menteri takda nak bersuara membangkang cakap TUNgkek
6 tahun semua pakat sokong TUNgkek dengan PPSMInya, sokong babi buta.

Sedangkan, dah puluhan tahun Unesco keluarkan lapuran:
PENDIDIKAN HENDAKLAH DISAMPAIKAN DALAM BAHASA IBUNDA.

Bodo.

No comments:

Post a Comment