Wednesday, July 22, 2009

Tunggul² Gerigis

Sebuah novel karya Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Diterbitkan dlingkungan tahun 70an.

Seringkas mungkin:

Novel yang berkisar disekeliling watak utama Su Usul dan Goh, lembu kesayangannya. Terdapat perkataan² baru yang bakal ditemui didalam novel ini seperti medang, renggeh gemulah, keok, menebeng etc².

Su Usul ialah seorang tua yang semakin uzur, bercita² untuk mengorbankan lembunya Goh, bersempena Hari Raya Korban untuk menyedekahkan daging² Goh kepada orang² kampung, sebelum dirinya dipanggil pulang menemui Allah yang mana difikirannya tidak beberapa lama lagi..

Su Usul tinggal di Kampung Poseng bersama² dengan anaknya Ramli suami isteri dan anak mereka Bedul, cucu kesayangan Su Usul. Beliau menetap bersama anaknya setelah kematian isterinya, Bunga.

Dikala Su Usul semakin dihambat usia, Kg Poseng pula semakin berubah. Jalanraya telah dibina membelah Kg Poseng, lori² keluar masuk (telah meragut nyawa cucu Su Usul, Bedul) mengangkut hasil hutan Kg Poseng dan anak² muda semakin terdedah kepada anasir luar yang tidak pernah menjengah bumi Poseng sebelumnya.

Masyarakat Kg Poseng juga mengalami perubahan. Kg Poseng telah terbahagi kepada 2 puak. Satu yang diketuai anak Su Usul sendiri, Ramli, memilih untuk bersama dengan parti kerajaan manakala di pihak satu lagi diketuai Imam Itam, yang memilih parti keagamaan.

Perbezaan ideologi telah menumpahkan darah di bumi Poseng apabila pihak pemerintah tidak merestui tindakan Imam Itam menubuhkan jemaahnya sendiri serta mengamalkan ajaran yang mana para pengikutnya dihalalkan untuk membunuh penduduk Poseng yang bukan dari golongan pengikut Imam Itam.

Bersama² dengan tragedi pertumpahan darah itu jugalah Su Usul telah dijemput pulang menemui Penciptanya. Su Usul pergi tanpa mengetahui Goh sebenarnya telah dikorbankan untuk jamuan menyambut wakil rakyat Poseng, dimana pada pemikiran Ramli, Su Usul telah terlalu uzur untuk memahami situasi Ramli tambahan pula Ramli ingin mengambil hati wakil rakyat tersebut, demi cita² politiknya.

Novel ini berkisar tentang hari tua, ideologi politik yang melampau, perubahan atau pembangunan tanpa perancangan dan juga perngertian peri pentingnya solat, seuzur mana sekali pun, manusia tetap diwajibkan bersolat.

No comments:

Post a Comment